Cari:
"Pelan Karbon Biru" Penjana Laluan Sutera Maritim
2016-02-11 15:11:04 CRI Cetak

China harus mempromosi pelaksanaan Pelan Karbon Biru, meningkatkan interaksi dan kerjasama antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi maritim untuk menggalakkan pembinaan Laluan Sutera Maritim.

Cadangan tersebut disuarakan oleh pakar-pakar di Guangxi, China baru-baru ini.

Pelan Karbon Biru merangkumi pelbagai aspek antaranya termasuklah ekonomi, sosial, ekologi dan lain-lain.

Ahli Akademi Sains China, Prof, Jiao Nianzhi dari Universiti Xiamen berpendapat bahawa kebanyakan negara yang terlibat dalam Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 ialah negara membangun, yang turut berdepan dengan isu penjimatan tenaga, pengurangan pelepasan karbon dan pencemaran alam sekitar laut.

Menurut beliau, Pelan Karbon Biru amat bermanfaat bagi membantu negara-negara tersebut menyelesaikan masalah alam sekitar demi membina persekitaran yang damai, stabil dan makmur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China