Cari:
Penerbangan Antarabangsa Ditambah Sempena TBC
2016-02-12 14:07:11 CRI Cetak

Dalam tempoh Tahun Baharu Cina (TBC), lebih banyak penerbangan antarabangsa dari bandar Guangzhou dibuka untuk memudahkan rakyat China melancong ke seberang laut.

Pada 9 Februari lalu, Lion Air Indonesia membuka penerbangan langsung antara Guangzhou dan Manado, destinasi selam yang popular di Indonesia. Dengan ini, masa penerbangan antara kedua-dua tempat dipendekkan kira-kira 7.5 jam kepada 4 jam tanpa perlu transit di Singapura seperti sebelum ini.

Berikutan penambahan laluan penerbangan dan pelonggaran dasar visa, ramai rakyat China melancong ke luar negara pada musim sejuk ini. Negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand menjadi pilihan utama mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China