Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengutuk tindakan Korea Selatan menghentikan operasi Zon Industri Kaesong (KIR). Sebagai balasan, DPRK mengarahkan semua warga Korea Selatan meninggalkan zon industri tersebut sebelum pukul 4.30 petang semalam.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Penyatuan Semula secara Damai DPRK, pada 10 Februari lalu, Korea Selatan mengumumkan operasi KIR dihentikan sepenuhnya dengan alasan tindakan DPRK melakukan ujian nuklear dan melancarkan peluru berpandu balistik melanggar resolusi PBB.
Sehubungan dengan itu, DPRK bertindak menyekat garis sempadan ketenteraan di KIR, di samping membeku semua aset milik syarikat dan institusi Korea Selatan di situ. DPRK juga akan menutup saluran komunikasi ketenteraan dengan Korea Selatan.
Menurut Kementerian Penyatuan Korea Selatan, seramai 280 warga Korea Selatan yang bekerja di KIR telah kembali ke tanah air dengan selamat.