Cari:
Kerajaan Pusat Sokong HK Tangani Rusuhan
2016-02-12 14:08:27 CRI Cetak

Kerajaan pusat China menyokong tindakan pihak berkuasa Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HK) untuk menangani rusuhan demi ketenteraman masyarakat tempatan. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei di Beijing semalam.

Menyentuh spekulasi media asing tentang punca rusuhan yang berlaku di Mong Kok, HK pada 9 Februari lalu, Hong berkata, rusuhan tersebut didalangi oleh pemisah radikal tempatan.

Perusuh meletakkan rintangan di jalan raya, memusnahkan kenderaan polis, memukul dan melontarkan batu ke arah anggota polis, hingga menyebabkan 89 anggota polis dan beberapa wartawan cedera. Namun, respons pantas polis HK berjaya meredakan rusuhan.

Tambah jurucakap itu, kerajaan pusat yakin bahawa pihak berkuasa HK mampu menjamin keselamatan masyarakat.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China