Cari:
Kongres AS Luluskan Usul Sekatan terhadap DRPK
2016-02-13 16:58:04 CRI Cetak

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan rang undang-undang bagi mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Dengan ini, rang itu telah diluluskan oleh Kongres dan akan diserahkan kepada Presiden, Barack Obama untuk ditandatangani.

Rang itu meminta Presiden mengenakan sekatan terhadap individu dan pertubuhan yang ada kaitan dengan DPRK berkaitan senjata pemusnah besar-besaran, senjata api, barangan mewah, jenayah siber dan kegiatan pencabulan hak asasi manusia. Mereka yang terbabit akan dibeku aset, dilarang masuk ke wilayah AS dan dihentikan kontrak dengan kerajaan.

Selain itu, rang tersebut juga memberikan mandat kepada kerajaan untuk menggunakan dana sejumlah USD 10 juta (RM 41.6 juta) setahun untuk pembayaran media dan bantuan kepada pelarian berkaitan DPRK dalam tempoh lima tahun akan datang.

Naib Penolong Presiden AS atas hal ehwal keselamatan negara, Ben Rhodes berkata, kerajaan dan Kongres mempunyai pendirian yang sama iaitu harus meningkatkan sekatan ke atas DPRK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China