Cari:
China Seru Usaha Bersama Banteras Keganasan
2016-02-13 15:38:17 CRI Cetak

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liu Jieyi berkata semalam, masyarakat antarabangsa harus menyelaraskan fikiran, meningkatkan koordinasi dan menggembleng tenaga untuk membanteras keganasan dan ekstremisme.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang pleno tentang pelan tindakan membanteras keganasan dan ekstremisme semalam.

Liu Jieyi berkata, kumpulan keganasan dan ekstremis seperti Negara Islam (IS) menjadi kian kuat di Iraq dan Syria dan telah mengancam keamanan dan kestabilan Asia Barat, Afrika dan Asia.

Beliau menambah, masyarakat antarabangsa harus bersatu padu untuk membanteras keganasan dan ekstremisme. Pelbagai negara patut melaksanakan strategi antikeganasan yang dikeluarkan oleh Perhimpunan Agung PBB. Di samping itu, PBB harus memainkan peranan untuk menyelaras dan menerajui usaha antikeganasan dunia.  

Liu Jieyi juga menyeru standard pembanterasan keganasan harus dipatuhi di samping menentang dwistandard dalam usaha ini. Katanya, China akan giat terlibat dalam perbahasan sempena ulang tahun ke-10 strategi antikeganasan PBB, berusaha bersama dengan masyarakat antarabangsa untuk memelihara kedamaian dan keamanan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China