Cari:
Negara Barat dan Rusia Perlu Bekerjasama
2016-02-14 14:20:52 CRI Cetak

Negara Barat dan Rusia perlu bekerjasama dan bukannya berkonfrontasi bagi menghadapi cabaran bersama-sama. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvejev dalam Persidangan Keselamatan Munich semalam.

Menurut beliau, dunia sedang berdepan dengan ancaman tercetusnya "perang dingin baharu".

Negara Barat melaksanakan dasar tidak mesra dan pencegahan terhadap Rusia, menyebabkan dialog antara kedua-dua pihak terputus.

Beliau berkata, negara Barat dan Rusia memiliki pengalaman pembangunan yang berlainan, maka pemahaman tentang beberapa isu juga berbeza.

Namun, hasil yang dicapai dalam rundingan isu nuklear Iran dan persidangan perubahan iklim Paris, serta perjanjian yang dicapai dalam mesyuarat menteri luar Kumpulan Penyokong Antarabangsa Syria merupakan contoh kerjasama pelbagai pihak dan mampu memberikan impak yang positif.

Tambah beliau, kini, Eropah berhadapan dengan pelbagai cabaran keselamatan.

Negara Barat dan Rusia serta semua pihak perlu bekerjasama bagi mengelakkan tercetusnya semula perang dingin, dan mengekalkan keamanan yang telah dibangunkan semula selepas Perang Dunia II.

     

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China