Cari:
Tiada Asas Penurunan Nilai RMB
2016-02-14 14:22:54 CRI Cetak

Tiada asas untuk meneruskan penurunan nilai mata wang renminbi (RMB) memandangkan imbangan pembayaran(BOP) China berada dalam keadaan yang baik pada ketika ini.

Demikian dinyatakan oleh Gabenor Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan dalam sesi temu bual dengan wartawan baru-baru ini.

Menurut beliau, daya saing China di peringkat antarabangsa masih kukuh, manakala aliran modal rentas sempadan berada pada tahap normal.

Tambah beliau, pertumbuhan ekonomi China kekal pada julat yang munasabah dengan menyaksikan peningkatan pada kadar sederhana tinggi iaitu 6.9 peratus sepanjang tahun 2015.

Perubahan pertumbuhan ekonomi negara ini adalah berikutan kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan hasil usaha kerajaan China untuk membaiki struktur ekonomi negara.

Hal ini penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi China yang lebih mampan dan berkualiti, serta kondusif bagi keseimbangan ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China