Cari:
Polis Israel Tembak Mati Dua Penyerang Palestin
2016-02-15 15:11:30 CRI Cetak

Jurucakap polis Israel memaklumkan semalam, pihaknya telah menembak mati dua penyerang Palestin.

Menurut jurucakap tersebut, dua orang Palestin yang membawa senjata api automatik melepaskan tembakan terhadap sekumpulan polis sempadan yang sedang bertugas di Pintu Damsyik, laluan masuk ke Kota Lama Baitulmaqdis. Polis turut membalas tembakan dan menembak mati kedua-dua rakyat Palestin tersebut. Menurut siasatan, kedua-dua penyerang tersebut adalah rakyat Palestin dari tebing barat Sungai Jordan.

Pada hari yang sama, beberapa pertempuran antara rakyat Palestin dengan pasukan ke­selamatan Israel turut tercetus di Baitulmaqdis dan kawasan tebing barat Sungai Jordan. Tiga orang Palestin ditembak mati, manakala seorang lagi cedera.

Dalam tempoh lima bulan yang lalu, situasi di kawasan Palestin-Israel semakin memburuk. Setakat ini, pertempuran yang berlaku setiap hari antara kedua-dua pihak telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 warga Israel dan pelancong asing terbunuh, manakala lebih 160 rakyat Palestin turut terkorban.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China