Cari:
Rusia dan AS Tingkatkan Kerjasama dalam Isu Syria
2016-02-15 15:06:42 CRI Cetak

Jabatan Penerangan Pejabat Presiden Rusia memaklumkan semalam, berdasarkan cadangan Amerika Syarikat (AS),Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama telah berbincang tentang krisis Syria melalui telefon. Kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam melaksanakan hasil yang dicapai dalam Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan Sokongan Antarabangsa Syria ke-4.

Menurut Rusia, kedua-dua pemimpin menghargai hasil yang dicapai dalam Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan Sokongan Antarabangsa Syria ke-4 di Munich dan menyokong pelbagai pihak mewujudkan gencatan senjata di Syria dan melakukan misi bantuan kemanusiaan.

Dalam perkembangan lain, Agensi Berita Anadolu Turki melaporkan bahawa tentera Turki semalam telah mengebom kubu-kubu kumpulan bersenjata Parti Kesatuan Demokratik Kurdish Syria di utara Syria. Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu menyatakan pada malam kelmarin bahawa tindakan Turki itu adalah sebagai tindak balas terhadap provokasi kumpulan tersebut di kawasan sempadan.

Pegawai Kementerian Pertahanan Arab Saudi mengesahkan malam kelmarin bahawa pihaknya telah mengerahkan jet pejuang ke pangkalan tentera udara Incirlik yang terletak di selatan Turki bagi memperhebat serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China