Cari:
Import dan Eksport China Turun 9.8 Peratus
2016-02-15 17:29:43 CRI Cetak

Menurut data yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Kastam China hari ini, jumlah import dan eksport China mencatat RMB 1.88 trilion pada bulan pertama tahun 2016, iaitu turun 9.8 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2015.

Menurut statistik, jumlah eksport mencatat RMB 1.14 trilion, manakala import mencatat RMB 737.54 bilion yang masing-masing merosot 6.6 peratus dan 14.4 peratus. Serentak dengan itu, lebihan dagangan meningkat 12.2 peratus dengan RMB 406.2 bilion.

Antaranya, jumlah import dan eksport China dengan pasaran Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat susut 9.9 peratus, ASEAN 10.8 peratus, manakala Jepun sebanyak 6 peratus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China