Cari:
Rusia Tiada Rancangan Kekalkan Kehadiran Tenteranya di Syria
2016-02-16 13:25:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut Agensi Berita Rusia, Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvejev baru-baru ini dalam wawancara dengan majalah Times menyatakan bahawa Rusia tiada rancangan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di Syria tanpa batas waktu.

Medvejev berkata, kerajaan Rusia berharap agar Syria sebagai negara bersatu akan terus mengekalkan sempadan yang sedia ada dan meneruskan komunikasi dengan rakan-rakan dari Barat. Beliau berpendapat, Rusia, Eropah dan AS masing-masing memahami perkara tersebut. Tiada pihak yang mahukan Libya baharu yang wilayahnya dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Tambah beliau, Syria perlu mewujudkan kedamaian terlebih dahulu, barulah Presiden Syria, Bashar al-Assad dapat duduk di meja rundingan bagi membincangkan sistem politik Syria pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China