Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Farhan Haq semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya lima buah hospital dan dua buah sekolah dibedil dalam serangan udara di wilayah Alepo dan Idlib Syria pada hari itu, mengakibatkan kira-kira 50 orang maut termasuk kanak-kanak dan ramai lagi cedera. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyifatkan tindakan itu sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.
Tambah Haq, Ban Ki-moon berasa amat bimbang kerana serangan itu bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, bahkan merosakkan sistem bantuan perubatan serta menjejaskan pendidikan di Syria yang sememangnya sudah terperangkap dalam kesengsaraan.