Albert, kucing yang menunjukkan ekspresi garang kerana dipakai kon pada lehernya, menjadi sensasi dalam Internet apabila fotonya dilayari hampir dua juta orang dalam tempoh tujuh hari.
Pemiliknya, Jean Baker, dari Portland, Oregon AS menjelaskan, kucing jenis Parsi itu terpaksa dipakai kon bagi mengelaknya menggaru bekas jahitan setelah menjalani pembedahan.
Jika melihat muka Albert yang kelihatan garang, memang tepat sekali apabila Baker berkongsi gambar tersebut menerusi media sosial Instagram dengan kapsyen "Albert tak begitu gembira hari ini".