Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Syria, Walid Muallem menyatakan bahawa kerajaan Syria berjanji akan menyertai dialog dengan pelbagai puak Syria tanpa syarat.
Demikian dinyatakan Walid Muallem ketika bertemu dengan Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Isu Syria, Staffan de Mistura di Damsyik semalam.
Dalam pertemuan tersebut, Staffan de Mistura telah memaklumkan hasil Mesyuarat Menteri Luar Munich Kumpulan Sokongan Antarabangsa Syria.
Muallem menyatakan bahawa kerajaan Syria turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan atas dasar tanggungjawab. Beliau mendakwa sekatan sehala negara Barat terhadap Syria telah menambah kesengsaraan rakyat Syria.
Beliau menggesa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah agar membatalkan sekatan terhadap negaranya.