Cari:
China Bantah Penempatan THAAD di Korea Selatan
2016-02-17 15:09:03 CRI Cetak

Naib Menteri Luar China, Zhang Yesui dan Timbalan Menteri Luar I Korea Selatan, Lin Sung-nam menghadiri dialog strategik peringkat tinggi Kementerian Luar China-Korea Selatan kali ke-7 di Seoul semalam.

Zhang Yesui menyatakan bahawa China amat mementingkan hubungan dengan Korea Selatan. Usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear dan memelihara keamanan dan kestabilan kawasan itu adalah selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara. Kaedah penyelesaian masalah secara keseluruhan hendaklah diperoleh melalui dialog dan rundingan, bukannya hanya mengenakan sekatan.

Ketika menyebut isu tentang Amerika Syarikat dan Korea Selatan merancang untuk menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan, Zhang Yesui menegaskan, China menentang sekeras-kerasnya kerana tindakan tersebut tidak berfaedah bagi meredakan ketegangan semasa, tidak kondusif dalam usaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan menjejaskan kepentingan keselamatan strategik China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China