Cari:
Mesyuarat Menteri Perdagangan G20 Bakal Diadakan
2016-02-18 13:53:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Menteri Perdagangan Kumpulan 20 (G20) bakal diadakan di Shanghai pada 9 hingga 10 Julai depan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Jabatan Penerangan Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang dalam sidang media semalam.

Shen Danyang berkata, anggota G20 diharap dapat memperkasakan kerjasama perdagangan dan pelaburan berikutan kemerosotan perdagangan global pada ketika ini. Dalam konteks ini, atas inisiatif China, menteri-menteri perdagangan G20 diminta mengadakan mesyuarat secara berkala.

China berharap agar mesyuarat tersebut dapat mengadakan perbincangan yang mendalam tentang isu-isu yang berhubung dengan pembinaan mekanisma perdagangan dan pelaburan, menggalakkan pertumbuhan perdagangan global, menyokong sistem perdagangan multilateral serta mengintensifkan keseimbangan rantaian nilai global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China