Cari:
Inovasi Perdagangan Perkhidmatan Tingkatkan Perdagangan Luar
2016-02-18 17:19:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Tetap Dewan Negara China yang diadakan pada 14 Februari lalu memutuskan untuk melaksanakan projek rintis bagi pembangunan inovasi perdagangan perkhidmatan di sepuluh provinsi dan bandar serta lima wilayah ekonomi baharu peringkat negara dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

Projek rintis tersebut akan meneroka pembinaan sistem perdagangan perkhidmatan dari lapan aspek bagi memperluas akses terbuka sektor perkhidmatan, yang akan memfokuskan eksport perdagangan perkhidmatan, iaitu kontrak projek, khidmat pakar runding reka bentuk, pemindahan teknologi, insurans kewangan, pengangkutan antarabangsa, latihan pendidikan, teknologi maklumat dan kebudayaan etnik.

Pelaksanaan inovasi dalam sektor perdagangan perkhidmatan kali ini juga dianggap sebagai langkah penting bagi menggalakkan penaiktarafan dan transformasi perdagangan luar China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China