Cari:
28 Maut dalam Serangan Bom di Turki
2016-02-18 11:46:31 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 28 orang maut, manakala 61 lagi cedera dalam kejadian serangan bom kereta yang berlaku di pusat bandar Ankara, ibu negara Turki malam semalam.

Berita ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap jurucakap kerajaan Turki, Numan Kurtulmus semalam.

Stesen TelevisyenV NTV Turki melaporkan bahawa bom kereta itu diletupkan apabila konvoi kenderaan tentera yang membawa berpuluh-puluh anggota tentera melalui ibu pejabat Tentera Turki, di kawasan sekitar asrama anggota tentera. Letupan tersebut telah menyebabkan suasana panik dan kelam-kabut.

Ketika kejadian itu berlaku, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sedang mempengerusikan mesyuarat keselamatan peringkat tinggi di Jabatan Presiden. Gabenor Ankara, Mehmet Kiliclar memberitahu media bahawa beliau mencurigai bahan letupan yang diletakkan di dalam kereta.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu menyatakan bahawa kerajaan sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian letupan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China