Cari:
China Laksanakan Rancangan Bantuan Makanan kepada Afrika
2016-02-18 14:25:15 CRI Cetak

Kementerian Perdagangan China (MOC) mengumumkan semalam untuk melaksanakan rancangan bantuan makanan kepada Afrika bagi menangani krisis kebuluran yang semakin serius di beberapa negara Afrika.

Fenomena El Nino yang melanda Afrika sekarang menyebabkan Afrika bakal menghadapi krisis kebuluran paling serius dalam tempoh 30 tahun, dengan melibatkan lebih 35 juta orang penduduk. Kerajaan negara-negara Afrika menyeru masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kecemasan kepada mereka.

Ketika Presiden China, Xi Jinping menghadiri Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Johnnesburg pada 4 Disember 2015, beliau telah mengumumkan bahawa China akan menyediakan bantuan makanan yang bernilai RMB 1 bilion kepada negara-negara yang mengalami krisis tersebut.

Menurut MOC, langkah-langkah terperinci sedang dibincangkan dan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China