Cari:
Yang Jiechi Jelaskan Pendirian China dalam Isu Laut China Selatan
2016-02-19 11:16:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Jolie Bishop di Beijing semalam.

Ketika menyentuh isu Laut China Selatan, Yang Jiechi menegaskan bahawa kepulauan di Laut China Selatan merupakan wilayah kedaulatan China sejak purbakala. China berhak untuk mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan maritimnya. Pembinaan China di kepulauan Laut China Selatan bertujuan untuk kegunaan awam bagi menyediakan kemudahan awam kepada masyarakat antarabangsa. Infrastruktur pertahanan yang dibinakan oleh China di wilayah kedaulatan sendiri tiada kaitan dengan sebarang kegiatan ketenteraan.

Tambah beliau lagi, Australia bukan negara yang terlibat dalam isu Laut China Selatan. China berharap agar Australia tidak melibatkan diri dan tidak mengambil sebarang tindakan yang menjejaskan kedamaian dan kestabilan rantau serta hubungan China-Australia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China