Cari:
Hubungan China, Perancis Kekal pada Tahap Tinggi
2016-02-19 14:13:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi rakan sejawatnya dari Perancis, Jean-Marc Ayrault melalui telefon semalam.

Wang Yi mengucapkan tahniah kepada Ayrault kerana dilantik sebagai Menteri Luar Perancis. Beliau berkata, perkembangan hubungan China dan Perancis sentiasa berada pada tahap yang tinggi berikutan kesalingpercayaan politik yang semakin kukuh dan peningkatan kerjasama yang saling menguntungkan secara berterusan. Perancis merupakan rakan kerjasama strategik yang tiada gantinya bagi China. Kedua-dua negara perlu berusaha mengekalkan perkembangan positif hubungan dua hala, mengembangkan potensi kerjasama dua hala, memperdalam gabungan strategi dan menggalakkan sumber pertumbuhan kerjasama baharu.

Ayrault berkata, Perancis bersedia untuk meningkatkan komunikasi dengan China, memperluas kerjasama dua hala dalam bidang inovasi, pelaburan, tenaga nuklear dan pasaran pihak ketiga pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China