Cari:
Obama Lawat Cuba Bulan Depan
2016-02-19 11:36:25 CRI Cetak

Rumah Putih Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan bahawa Presiden AS, Barack Obama bakal mengadakan lawatan ke Cuba pada 21 dan 22 Mac ini. Lawatan ini adalah lawatan pertama bagi Presiden AS yang sedang berkhidmat ke Cuba dalam tempoh lebih 80 tahun yang lalu.

Jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest dalam kenyataan berkata, dalam tempoh lawatan tersebut, Obama akan mengadakan rundingan dua hala dengan pemimpin Cuba, Raúl Castrol, di samping bertemu dengan wakil pertubuhan masyarakat, usahawan dan pelbagai lapisan masyarakat Cuba.

Tambah Earnest lagi, Obama akan berusaha untuk mendorong proses penormalan hubungan AS-Cuba menerusi lawatan tersebut serta meningkatkan interaksi sektor perniagaan dan sosiobudaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China