Cari:
Infrastruktur Pertahanan di Kepulauan Xisha Bukan Perkara Baharu
2016-02-19 15:28:00 CRI Cetak

Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, China telah menempatkan pelbagai infrastruktur pertahanan di Kepulauan Xisha, dan perkara tersebut bukanlah perkara baharu yang boleh disebut sebagai menenterakan kawasan perairan Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam ketika mengulas tindakan China menempatkan peluru berpandu di Pulau Yongxing China semalam.

Hong Lei menegaskan bahawa Kepulauan Xisha adalah wilayah China sejak zaman dahulu, penempatan pelbagai infrastruktur pertahanan adalah dalam lingkungan hak kedaulatan China, munasabah dan adil serta tiada kaitan dengan menenterakan kawasan perairan tersebut.

Tambah Hong Lei, China berharap agar negara-negara yang terlibat tidak menimbulkan sebarang spekulasi tentang perkara tersebut, sebaliknya mengambil tindakan yang kondusif demi kedamaian dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China