Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut menyatakan bahawa langkah sekatan akan dilaksanakan secara sepenuhnya terhadap DPRK selepas keputusan itu diluluskan oleh kabinet. Langkah sekatan yang dilaksanakan oleh Jepun kali ini amat ketat. Sekiranya DPRK terus mengambil tindakan yang sedia ada, Jepun akan terus memberi tekanan terhadap negara itu dengan sewajarnya.
Tambah beliau lagi, Jepun juga akan besama dengan AS dan Korea Selatan untuk menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengeluarkan resolusi berhubung isu DPRK.