Cari:
Pihak Berkenaan Digesa Bersikap Berhati-hati dalam Penyelesaian Isu DPRK
2016-02-20 16:08:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tiada sesuatu isu penting serantau dapat diselesaikan secara menyeluruh hanya melalui tekanan dan sekatan. China berharap pihak berkenaan jangan mencetuskan masalah dan memburukkan lagi situasi.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei ketika menyentuh Presiden AS, Barak Obama menandatangani rang undang-undang yang mengenakan sekatan terhadap Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) dalam sidang media semalam.

Rang undang-undang baharu yang ditandatangani oleh Obama pada 18 Janurari lalu merangkumi langkah-langkah sekatan termasuk membekukan aset kakitangan yang terlibat dalam program nuklear DPRK dan mempunyai catatan pencabulan hak asasi manusia.

Hong berkata, situasi di Semenanjung Korea amat rumit dan sensitif pada ketika ini, maka pelbagai pihak terbabit harus bersikap tenang dan berhati-hati agar isu nuklear DPRK dapat diselesaikan melalui saluran dialog dan rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China