Cari:
Tindakan AS Runcingkan Ketegangan di Laut China Selatan
2016-02-20 15:01:24 CRI Cetak

Langkah-langkah yang diambil Amerika Syarikat(AS) telah meruncingkan ketegangan di kawasan perairan Laut China Selatan dan barulah merupakan tindakan yang menenterakan kawasan tersebut. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam.

Jurucakap Jabatan Negara AS menyatakan kelmarin bahawa gambar satelit menunjukkan peluru berpandu yang ditempatkan oleh China di Pulau Yongxing dalam masa terdekat ini, dan AS tidak melihat China akan menghentikan kegiatan ketenteraan dan juga tidak mengambil sebarang tindakan bagi menstabilkan dan menjamin keselamatan situasi di kawasan terbabit. Ketika memberi respons terhadap kenyataan AS itu, Hong Lei berkata, China mempunyai hak kedaulatan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya berdasarkan bukti-bukti sejarah dan undang-undang. China tidak mahu menenterakan kawasan tersebut dan sikap ini adalah serius dan bersunggu-sungguh. Seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi, membebaskan Laut China Selatan daripada kegiatan ketenteraan bukan hanya bergantung pada usaha sesebuah negara, dan juga tidak boleh mengamalkan dwistandard atau banyak standard dalam hal itu, sebaliknya memerlukan usaha pelbagai negara di dalam dan luar rantau ini.

Hong Lei menyatakan bahawa pada hakikatnya, AS terus menambahkan kekuatan ketenteraannya di Laut China Selatan, kerap kali menghantar kapal perang dan pesawat ketenteraan ke kawasan perairan tersebut untuk menjalankan pengintipan terhadap infrastruktur China, bahkan banyak kali memujuk dan memberikan tekanan kepada negara sekutu atau rakannya menjalankan latihan ketenteraan bersama dan misi rondaan bersama yang menyasarkan China. Tindakan AS tersebut barulah kegiatan yang menenterakan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China