Selepas rundingan maraton selama 30 jam, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) telah mencapai kata sepakat mengenai pembaharuan EU malam semalam sempena berlangsung Sidang Kemuncak EU. Hasil ini membuka jalan bagi Britain terus berada dalam EU.
Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk selepas Sidang Kemuncak EU berakhir menyatakan bahawa negara anggota EU telah mencapai kata sepakat mengenai rancangan pembaharuan. Perdana Menteri Britain, David Cameron pula menyatakan bahawa pelbagai pihak telah mencapai perjanjian mengenai memberi "status istimewa" dalam EU kepada Britain, dan beliau akan memperkenalkan perjanjian itu kepada kabinet Britain pada 20 Februari ini.