Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam mengumumkan bahawa pungutan suara bagi menentukan sama ada Britain perlu berada dalam Kesatuan Eropah(EU) atau tidak akan diadakan pada 23 Jun nanti.
Menurut beliau, Britain akan menjadi "lebih selamat, lebih kuat dan lebih kaya" jika mengekalkan keanggotaan dalam EU setelah pembaharuan EU diamalkan, manakala Britain akan menghadapi ancaman dalam bidang ekonomi dan keselamatan negara jika keluar dari EU.
Dalam Sidang Kemuncak EU yang berlangsung selama dua hari, David Cameron dan pemimpin negara EU lain telah mencapai kata sepakat mengenai memberi "status istimewa" dalam EU kepada Britain. Walaubagaimanapun, suara yang menuntut Britain keluar dari EU masih lantang dalam negera itu .