Cari:
Rusia dan Syria Kesal UNSC Gagal Lulus Draf Resolusi Isu Syria
2016-02-21 14:34:05 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) gagal mencapai konsensus tentang draf resolusi berhubung dengan isu Syria yang dikemukakan oleh Rusia dalam rundingan tergempar secara tertutup pada 19 Februari lalu.

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov semalam menyatakan Rusia berasa kesal terhadap kegagalan tersebut. Beliau berkata, Rusia akan terus mengekalkan dasar yang sedia ada, telus dan mudah difahami dalam memelihara kestabilan dan keutuhan wilayah negara serta membanteras keganasan.

Wakil tetap Rusia ke PBB, Vladimir Safronkov berkata, Rusia dalam draf resolusi tersebut menyeru agar pelbagai pihak menghortmati hak kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria serta melepaskan sebarang rancangan serangan darat terhadap Syria dan langkah yang mungkin akan menjejaskan usaha menyelesaikan isu Syria melalui saluran politik.

Pada hari yang sama, Timbalan Menteri Luar Syria, Faysal Mekdad pula menyatakan bahawa kerajaan Syria telah membuat persiapan untuk menghadapi sebarang tindakan pencerobohan dilakukan kuasa luar. Beliau menuntut Turki agar menghentikan bedilan meriam di utara Syria dengan serta merta di samping menamatkan sokongan terhadap kumpulan bersenjata Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China