Cari:
China Tegas Jaga Hak dan Kepentingan Industri Tayar
2016-02-21 15:17:34 CRI Cetak

China menjaga dengan tegas hak dan kepentingan industri tayar yang adil negara sendiri berdasarkan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Demikian dinyatakan pegawai Kementerian Perdagangan China berhubung dengan siasatan Amerika Syarikat(AS) terhadap tayar kereta buatan China yang bermula pada 19 Februari lalu.

Jabatan Perdagangan AS mengeluarkan pengumuman kelmarin untuk menjalankan siasatan antilambakan dan anti subsidi terhadap tayar kereta penumpang dan lori yang diimport dari China.

Pegawai daripada Biro Siasatan Bantuan Perdagangan Kementerian Perdagangan China menyatakan bahawa keputusan siasatan AS itu kekurangan bukti dari segi fakta dan undang-undang, terutamanya pendakwa berkenaan masih wujud masalah yang serius dalam kelayakan dan hak perwakilan industri. Sebenarnya beberapa syarikat tayar AS utama tidak menyokong siasatan itu. Namun, AS dengan degil melakukan siasatan dengan tidak mempedulikan keadaan pengeluaran dan pengelolaan syarikat tayar yang baik di negara itu sekarang. China menyampaikan keprihatinan serius terhadap hal itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China