Cari:
Tribunal Spanyol Putuskan Terus Tahan 6 Petugas Cawangan ICBC Di Madrid
2016-02-21 15:47:27 CRI Cetak

Hakim Tribunal No.7 Para Madrid Spanyol membuat keputusan semalam untuk terus menahan enam petugas cawangan Bank Industri dan Komersial China(ICBC) di Madrid untuk memudahkan siasatan terhadap kes berkenaan.

Keenam-enam orang tersebut didakwa melakukan kesalahan termasuk menghalalkan wang haram dan melakukan jenayah terancang.

Pegawai ibu pejabat ICBC berkenaan menyatakan semalam bahawa pihaknya amat prihatin terhadap kes itu. Pihaknya berharap cawangan ICBC di Madrid bekerjasama dengan pihak penyiasat tempatan di samping mengupah peguam untuk memelihara hak dan kepentingan yang sah pekerja cawangan ICBC di Madrid.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China