Cari:
IS Dalang Serangan di Damsyik, Homs
2016-02-22 14:13:40 CRI Cetak

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab atas siri serangan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya 83 orang di daerah selatan Damsyik, tapak suci puak Syiah dan 39 orang di Homs, kawasan tengah Syria semalam.

Agensi berita Syria, SANA melaporkan, dua pengebom berani mati meletupkan diri mereka di daerah Sayeda Zeinab petang semalam, selepas sebuah kenderaan dipenuhi bahan letupan diletupkan.

Kebanyakan yang terbunuh adalah orang awam dan jumlah mangsa yang cedera mencatat 178 orang.

Menurut saksi, asap tebal menyelubungi ruang udara ekoran kebakaran yang dicetuskan oleh letupan tersebut di lokasi kejadian.

Sementara di Homs, sebanyak 39 maut dan 100 orang lagi cedera dalam serangan bom serentak yang menjadikan kawasan perumahan di bandar itu sebagai sasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China