Cari:
Persetujuan Sementara Gencatan Senjata Syria Dicapai
2016-02-22 14:22:05 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry berkata, satu persetujuan sementara berhubung dengan gencatan senjata yang melibatkan puak-puak bertelagah di Syria sudah dicapai dan mungkin akan bermula beberapa hari lagi.

Menurut Kerry, beliau telah menghubungi Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov semalam bagi membincangkan syarat-syarat gencatan senjata dan kedua-dua negara itu kini perlu menyampaikannya kepada pihak-pihak yang terbabit dalam konflik tersebut.

Beliau enggan memperincikan perjanjian itu, namun menyatakan bahawa "persetujuan masih belum dimuktamadkan" dan berharap agar Presiden AS, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin dapat berbincang dengan segera, sebelum pelaksanaan boleh dimulakan.

Menurut kenyataan dalam laman web Kementerian Luar Rusia, Lavrov dan Kerry berbincang beberapa kali menerusi telefon mengenai kaedah dan syarat gencatan senjata di Syria. Persetujuan berkenaan tidak melibatkan operasi memerangi organisasi yang dilabelkan sebagai pengganas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China