Cari:
AS Tolak Bincang Perjanjian Damai dengan DPRK
2016-02-22 14:36:00 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) menolak cadangan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) untuk memuktamadkan perjanjian damai antara kedua-dua pihak, berikutan keengganan Pyongyang mempertimbangkan pembatalan program nuklearnya sehingga Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear.

Jurucakap Jabatan Negara AS, John Kirby mendedahkan perkara itu apabila pentadbiran Presiden Barack Obama didakwa secara senyap-senyap bersetuju untuk mengadakan rundingan damai secara rasmi bagi menamatkan Perang Korea, beberapa hari sebelum Pyongyang menjalankan ujian nuklear terbaharunya pada awal tahun ini.

Namun, ujian nuklear tersebut membawa pengakhiran kepada "hubungan tentatif" AS dan DPRK di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kirby berkata, untuk lebih jelas, DPRK adalah pihak yang mencadangkan perbincangan perjanjian damai itu.

AS telah mempertimbangkan cadangan tersebut dan isu menghapuskan senjata nuklear mesti menjadi sebahagian daripada perbincangan itu. Namun, DRPK telah menolak maklum balas pihaknya.

Beliau menegaskan, tindakan Washington menolak cadangan Pyongyang adalah selaras dengan fokus jangka panjang untuk menghapuskan penggunaan senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China