Sempena sambutan Cap Goh Mei yang jatuh pada 22 Februari ini, Presiden China, Xi Jinping ketika melakukan tinjauan ke People's Daily, iaitu media cetak utama di negara ini, menyampaikan ucapan selamat menyambut Cap Goh Mei kepada semua rakyat China menerusi media sosial.
Cap Goh Mei merupakan malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baharu China. Pada malam ini, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan untuk menambah suasana meriah perayaan. Oleh itu, Cap Goh Mei juga dikenali sebagai "Pesta Tanglung". Makan onde-onde dan memasang tanglung merupakan adat resam menyambut perayaan Cap Goh Mei.