Jumlah import dan eksport China mencatat penurunan pada tahun 2015. Trend tersebut berterusan hingga Januari lalu.
Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng baru-baru ini menyatakan bahawa walaupun jumlah import dan eksport menurun, namun China menduduki bahagian yang lebih besar dalam pasaran perdagangan global.
Dalam konteks global, prestasi perdagangan luar China pada tahun lalu boleh dikatakan "sangat memuaskan".
China kekal sebagai gergasi perdagangan komoditi dan pengeksport terbesar di dunia.
Selain itu, struktur eksport China semakin giat dioptimumkan.
China yakin bahawa perdagangan luarnya akan kembali stabil pada tahun ini.