Cari:
Gencatan Senjata Syria Bermula Sabtu
2016-02-23 14:41:55 CRI Cetak

Persetujuan sementara berhubung dengan gencatan senjata yang melibatkan puak-puak bertelagah di Syria akan mula berkuat kuasa pada 27 Februari ini.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan bersama Washington-Moscow semalam berkata, pihak-pihak bertelagah di Syria perlu menunjukkan komitmen dan kesediaan mereka untuk melaksanakan gencatan senjata tersebut kepada AS atau Rusia menjelang tengah malam Jumaat ini (waktu Damsyik).

Oleh sebab persetujuan tersebut tidak melibatkan operasi memerangi organisasi yang dilabelkan sebagai pengganas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC), termasuk Daesh, yang dikenali sebagai kumpulan militan Negara Islam (IS), maka serangan udara yang dilancarkan AS dan Rusia terhadap kumpulan militan berkenaan akan diteruskan.

Setiausaha Negara AS, John Kerry menggesa pihak-pihak terbabit supaya menerima dan mematuhi persetujuan gencatan senjata itu.

Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan menerusi jurucakapnya mengalu-alukan persetujuan berkenaan, sambil menyuarakan kesediaan PBB untuk memberikan sokongan padu kepada pelaksanaan gencatan senjata berkenaan.

Beliau yakin, jika persetujuan itu dipatuhi, tindakan tersebut akan menjadi satu langkah penting bagi mendorong pelaksanaan resolusi 2254 UNSC, di samping mencipta peluang baik untuk menyambung semula rundingan damai Syria demi membawa rakyat negara itu keluar daripada belenggu kesengsaraan akibat peperangan yang telah berlarutan selama lima tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China