Korea Selatan menyangkal khabar angin mengenai pembelian sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) buatan Amerika Syarikat (AS).
Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Moon Sang-gyun dalam sidang media semalam menyatakan bahawa spekulasi mengenai Seoul akan membeli satu atau dua set lagi sistem THAAD adalah khabar angin belaka.
Moon memaklumkan, republik itu sedang membincangkan isu-isu bagi membentuk kumpulan kerja bersama mengenai penempatan sistem berkenaan dengan AS.