Cari:
China Optimistik Terhadap Perdagangan Luar
2016-02-23 14:08:14 CRI Cetak

Jumlah import dan eksport China masing-masing menurun pada tahun lalu, ekoran kesan daripada krisis kewangan global pada tahun 2009. Walaupun data pada bulan Januari lalu masih menunjukkan trend tersebut, Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng berasa optimistik terhadap perdagangan luar China pada tahun ini.

Ketika diwawancara baru-baru ini, Gao menyatakan bahawa perdagangan luar China boleh dikatakan "memuaskan" sekiranya dilihat dalam konteks ekonomi global. Menurut beliau, China kekal sebagai negara pedagang dan pengeksport terbesar di dunia, dan menyumbang 13.2% kepada perdagangan global pada tahun lalu. Kadar tersebut naik 1% berbanding tahun 2014, iaitu peningkatan paling pesat dalam sejarah.

Menurut beliau, pada tahun lalu, ekonomi dunia kekal lembap, permintaan luar lemah, manakala perdagangan antarabangsa merosot berikutan kapasiti pengeluaran global yang berlebihan dan harga komoditi pukal yang menjunam. Harga minyak mentah dan bijih besi yang masing-masing menurun lebih kurang 40% menjadi faktor utama penurunan perdagangan luar China pada tahun lalu. Dalam pada itu, konflik geopolitik, kegiatan ekstremis dan keganasan turut memberikan kesan negatif terhadap ekonomi dan perdagangan global.

Walaupun jumlah import dan eksport China menurun pada bulan Januari, namun Gao menyatakan bahawa perdagangan luar melibatkan perdagangan antara pelbagai negara, oleh itu perlu dinilai dalam konteks global. Kegiatan perdagangan pelbagai negara kurang rancak pada permulaan tahun ini, dan jumlah eksport oleh rakan-rakan dagang utama China pada bulan Januari lalu jatuh dengan lebih ketara berbanding China. Kadar penurunan yang dialami oleh China masih berada pada tahap yang munasabah.

Tegasnya, China masih mengekalkan beberapa kelebihan dalam perdagangan luar. Contohnya, struktur eksport China dioptimumkan dan jumlah import komoditi pukal China terus meningkat.

Menurut data berkenaan, perdagangan luar memberikan peluang pekerjaan kepada 180 juta orang dan menyumbang 18% kutipan cukai di negara ini pada tahun lalu. Dalam pada itu, lebihan perdagangan komoditi China mencatat USD 3 bilion, meningkat 55%, dan berperanan penting dalam memangkin pembangunan ekonomi, menstabilkan rizab pertukaran asing dan menjaga keselamatan kewangan dan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China