Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mencadangkan gol "ajaib" Mohd. Faiz Subri disenaraikan dalam calon penerima Anugerah Puskas 2016 semalam.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, antara isi kandungan utama surat tersebut adalah mencadangkan kepada FIFA supaya gol yang dijaringkan oleh Mohd. Faiz menerusi sepakan bebas dari jarak 32 meter itu dapat disenaraikan sebagai salah satu calon untuk anugerah kepada jaringan tercantik itu.
---Utusan