Cari:
Rundingan Damai Kabul-Taliban pada Awal Mac
2016-02-24 14:15:38 CRI Cetak

Delegasi dari Afghanistan, Pakistan, China dan Amerika Syarikat bertemu di Kabul semalam untuk memulakan dialog pusingan keempat bagi menghidupkan semula proses damai Afghanistan yang tertangguh, seterusnya menamatkan konflik berdarah selama hampir 15 tahun di negara itu.

Keempat-empat kuasa tersebut dalam kenyataan berkata, mereka bersetuju dan menyokong sepenuhnya dialog langsung antara Kabul dengan kumpulan pejuang Taliban.

Rundingan untuk menamatkan pertumpahan darah selama 15 tahun di negara Asia Selatan itu mungkin disambung semula pada awal bulan Mac.

Menteri Luar Afghanistan, Salahuddin Rabbani menyatakan bahawa Kabul mengalu-alukan penglibatan semua puak pemberontak dalam proses perdamaian dengan kerajaan, dan menyeru negara jiran serta kuasa-kuasa besar lain supaya memberikan sokongan padu kepada proses perdamaian itu.

Walau bagaimanapun, Taliban yang semakin dibelenggu dengan perbalahan antara puak, masih belum memberikan jawapan sama ada akan menyertai rundingan tersebut.

Ketua baharu Taliban, Mullah Akhtar Mansour, sudah meletakkan beberapa syarat bagi menyertai rundingan berkenaan. Namun, terdapat kelompok pecahan Taliban, menolak sebarang rundingan damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China