Cari:
Penempatan Kemudahan Pertahanan di Nansha Sah
2016-02-24 14:17:42 CRI Cetak

Tindakan China melengkapkan kemudahan pertahanan di wilayah sendiri adalah selaras dengan hak mempertahankan diri yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan China (MND) berikutan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa China dipercayai membina sistem radar berkuasa tinggi di kawasan kepulauan Nansha, sekali gus mengukuhkan keupayaan negara itu terhadap kawasan pertikaian di Laut China Selatan.

MND menegaskan bahawa aktiviti pembinaan kemudahan tersebut benar-benar dilaksanakan secara sah dan berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Pihak Washington sering menggunakan perkara tersebut sebagai helah untuk mengecam Beijing, sekali gus menimbulkan spekulasi di kawasan perairan berkenaan.

Kementerian itu turut menjelaskan bahawa pembinaan kemudahan di terumbu berkenaan yang merangkumi kelengkapan pandu arah dan meteorologi adalah untuk tujuan kegunaan awam.

Sebelum ini, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa menerusi laporan Inisiatif Ketelusan Maritim Asia melaporkan, imej satelit menunjukkan bahawa pembinaan sistem radar berkuasa tinggi oleh China di kawasan kepulauan Nansha dipercayai hampir siap.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China