Cari:
China Mahu Hubungan Sihat dengan AS
2016-02-24 15:40:34 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menekankan kewajaran Beijing dan Washington mendahulukan kepentingan bersama daripada percanggahan pendapat serta lebih mementingkan kerjasama.

Hal ini ditegaskan beliau sepanjang pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry di Washington semalam.

Wang Yi berkata, pertemuan kali ini bukan sahaja membincangkan cara memperkasakan kerjasama dua hala, malah menyentuh kaedah menangani pertikaian.

Menurut beliau, tugas kementerian luar negeri kedua-dua pihak adalah untuk menemukan masalah dan menyelesaikannya bersama-sama bagi menjamin hubungan bilateral yang sihat terus berada di landasan yang betul.

Tahun ini merupakan tahun yang agak penting bagi melaksanakan hasil yang dicapai semasa lawatan Presiden Xi ke AS tahun lepas.

Wang Yi berharap agar kedua-dua negara dapat mengekalkan interaksi peringkat tinggi, mempercepat proses rundingan perjanjian pelaburan, meningkatkan kerjasama dalam pencegahan rasuah dan penguatkuasaan undang-undang serta merancakkan pertukaran sosiobudaya melalui program "Tahun Pelancongan China-AS".

Dalam pada itu, Kerry mengulangi keinginan AS untuk meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang dan menjalinkan hubungan bilateral yang lebih efisien.

Beliau juga berjanji bahawa isu Laut China Selatan tidak akan menjadi isu antara kedua-dua kuasa besar ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China