Cari:
China Utamakan Suara Rakyat
2016-02-24 17:18:20 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mempengerusikan mesyuarat eksekutif Dewan Negara baru-baru ini untuk mendengar laporan berhubung dengan usul-usul yang dikemukakan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan sidang tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada tahun lepas.

PM Li berkata, cadangan usul-usul tersebut memperlihatkan kebijaksanaan pelbagai lapisan masyarakat, dan merupakan saluran penting bagi kerajaan untuk mendengar suara rakyat dan menerima seliaan daripada mereka.

Cadangan usul berkenaan bukan sahaja membantu kerajaan melaksanakan pentadbiran negara dengan lebih saintifik dan demokratik, malah dapat meningkatkan kredibiliti kerajaan.

Menjelang sidang tahunan NPC dan CPPCC yang bakal tiba pada awal bulan depan, inisiatif Dewan Negara mengadakan mesyuarat eksekutif seumpama itu jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap keefisienan usul-usul berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China