Cari:
Permintaan Domestik, Pemangkin Ekonomi China
2016-02-24 14:48:36 CRI Cetak

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng telah menjelaskan keadaan perdagangan China pada tahun lalu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara semalam.

Menurut beliau, jumlah jualan runcit dalam negeri mencatat RMB 30.1 trilion (RM19.4 trilion) pada tahun lalu, meningkat 10.7% berbanding tahun 2014, dan menyumbang 66.4% bagi pertumbuhan ekonomi China. Lantara itu, China telah berjaya mewujudkan transformati pertumbuhan ekonomi daripada model yang bergantung kepada pelaburan dan perdagangan luar kepada permintaan domestik, khususnya penggunaan.

Ketika menyebut sebab penggunaan yang bertambah rancak, Gao menjelaskan bahawa ada tiga sebab utama, iaitu pertama, kadar pertambahan pendapatan penduduk bandar dan luar bandar lebih tinggi daripada kadar peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selama tiga tahun berturut-turut. Kedua, warga China lebih ingin berbelanja berikutan sistem jaminan sosial yang semakin sempurna. Dan ketiga, syarat penggunaan terus diperbaiki, antaranya penggunaan dalam sektor kesihatan dan pelancongan menjadi pemangkin pertumbuhan baharu.

Dengan kemunculan golongan berpendapatan sederhana tinggi di China, barangan dan perkhidmatan yang bertaraf rendah dan sederhana didapati tidak mampu memenuhi keperluan golongan tersebut. Pada tahun lalu, seramai 120 juta warga China melancong ke luar negara dan perbelanjaan mereka mencatat angka RMB 1.5 trilion (RM 0.97 trilion). Antara jumlah itu, sebanyak RMB 700 bilion hingga 800 bilion digunakan untuk membeli-belah. Mereka lebih berminat untuk membeli barang-barang keperluan harian yang bermutu tinggi, sebaliknya bukan lagi barangan mewah seperti masa dahulu.

Menurut Gao Hucheng, China perlu menyediakan perkhidmatan yang memenuhi permintaan penggunaan golongan berpendapatan sederhana tinggi yang pelbagai. Dari aspek pihak pembekal, masalah-masalah seperti kepelbagaian jenis barangan, harga, kualiti, keselamatan dan persekitaran beli-belah perlu ditangani. Contohnya, di China hanya terdapat 200 hingga 300 ribu jenis produk ditawarkan, manakala di sebuah pasar raya yang terkenal di negara maju mampu menawarkan lebih 700 ribu jenis. Dalam pada itu, kos logistik yang tinggi merupakan masalah yang menonjol di China. Walaupun sudah menurun, namun kos logistik di China masih hampir dua kali ganda berbanding negara maju. Menurut Gao, China sedang berusaha untuk membangunkan e-dagang untuk membolehkan pengguna membeli barangan dari seberang laut tanpa perlu ke luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China