China bersedia untuk mengekalkan komunikasi strategik pada peringkat tinggi dengan Amerika Syarikat (AS), memperkasakan kerjasama dengan Washington dalam isu-isu sensasi antarabangsa dan rantau serta bersama-sama menghadapi cabaran global.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi sepanjang pertemuan dengan Presiden AS, Barack Obama di Rumah Putih semalam.
Wang Yi berkata, berkat bimbingan pemimpin kedua-dua negara, China dan AS telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam kerjasama pelbagai bidang.
Beliau juga menyatakan sokongan kepada AS yang menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear ke-4 pada penghujung Mac.
Dalam pada itu, Obama turut memberikan penilaian positif terhadap kerjasama kedua-dua pihak dalam usaha menangani perubahan iklim dan isu-isu sensasi yang lain.
Beliau berharap agar komunikasi antara Beijing dengan Washington dapat dikekalkan demi memelihara keharmonian hubungan bilateral.
Obama juga menanti-nantikan kehadiran rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping pada sidang kemuncak keselamatan nuklear itu nanti.