Cari:
Lima Perkara Penting dalam Diplomasi China
2016-02-26 17:27:49 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang mengadakan lawatan di Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan menjelaskan diplomasi China di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa AS semalam, bagi menerangkan lima misi utama dalam diplomasi China serta hubungan China-AS.

Wang Yi berkata, pertumbuhan pesat China pada tahun-tahun kebelakangan ini bukan sahaja menjadikan China entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, tetapi juga membolehkan negara ini melepaskan 600 juta rakyatnya daripada kemiskinan. Kejayaan China ini membantu ke arah merealisasikan agenda pembangunan milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kata Wang Yi, misi diplomasi China adalah menyediakan persekitaran luar yang lebih baik, stabil dan muhibah, berlandaskan lima perkara penting.

Pertama, membolehkan lebih banyak negara dan rakyat memahami sistem sosial dan haluan pembangunan China.

Kedua, memelihara order dan sistem antarabangsa pasca Perang Dunia II.

Ketiga, mencipta suasana yang kondusif bagi pembangunan China dengan lebih proaktif. Pada masa ini, China sedang bersama-sama negara-negara berkaitan menggalakkan pembangunan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R), serta meningkatkan kesalinghubungan dan pertukaran kebudayaan yang saling menguntungkan.

Keempat, melindungi kepentingan China di luar negara yang semakin meluas berikutan kehadiran lebih banyak warga dan syarikat China di seberang laut.

Kelima, lebih aktif terlibat dalam proses penyelesaian isu-isu hangat antarabangsa dan serantau.

Wang Yi menambah, lima perkara tersebut membentuk diplomasi yang bercirikan China. China akan berusaha untuk meneroka dan menggalakkan pembangunan secara damai serta menjalinkan hubungan antarabangsa model baharu yang mengutamakan muafakat bestari. Dengan konsep dan cara sendiri, China akan bersikap harmoni dan toleran, mengukuhkan hubungan dengan pelbagai negara dan memainkan peranan sendiri. Dalam proses ini, China dan AS harus berganding bahu untuk membentuk hubungan antara kuasa besar model baharu ke arah situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China