Cari:
UNSC Bakal Lulus Resolusi Baharu terhadap DPRK
2016-02-26 14:45:28 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dijangka meluluskan resolusi baharu terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) tidak lama lagi.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying memaklumkan perkembangan terkini berhubung dengan krisis nuklear Semenanjung Korea dalam sidang media di Beijing semalam.

Hua berkata, Beijing dan Washington sentiasa mengekalkan komunikasi yang erat, selepas Pyongyang menjalankan ujian nuklear keempat dan melancarkan peluru berpandu, awal bulan lepas.

Menteri Luar China, Wang Yi yang mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat (AS) telah membincangkan isu tersebut dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry. Pada masa ini, perbincangan draf resolusi terhadap DPRK itu mencapai kemajuan yang penting.

UNSC dijangka mengadakan undian ­berhubung dengan draf itu dalam tempoh ­beberapa hari lagi bagi menentukan nasib DPRK.

Hua berkata, Beijing berharap agar resolusi baharu itu berkesan bagi mengekang Pyongyang daripada meneruskan program nuklearnya.

Beliau juga menegaskan peri pentingnya penglibatan semua pihak hingga masalah berkenaan dapat diselesaikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China