Cari:
Resolusi UNSC mengenai Gencatan Senjata Dialu-alukan
2016-02-27 15:10:49 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam kenyataan menerusi jurucakapnya malam tadi mengalu-alukan resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai persetujuan menghentikan peperangan di Syria dan menuntut pihak-pihak bertelagah melaksanakan gencatan senjata bermula hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, pelaksanaan resolusi itu secara menyeluruh, antara lain usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan secara berterusan dan rancak, adalah peluang keemasan untuk mengekang kekerasan di Syria. Pada masa ini, keutamaan adalah untuk meringankan kesengsaraan rakyat negara itu, di samping mencipta peluang dan memupuk kepercayaan supaya rundingan damai dapat dipulihkan dan proses peralihan politik dapat dipastikan berdasarkan Kenyataan Geneva.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China